Pusat Bantuan & Panduan Pengguna
Panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat tempahan tapak Bazar Ramadan Perbadanan Labuan.
Langkah 1: Penyediaan Dokumen
Sila pastikan anda mempunyai salinan digital (Gambar/PDF) bagi dokumen berikut sebelum membuat permohonan:
- 1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan & Belakang).
- 2. Kad Kesihatan Perbadanan Labuan (Pemohon). Pastikan masih sah tempoh.
- 3. Gambar Ukuran Pasport (Pemohon). Latar belakang biru atau putih.
- 4. Salinan Kad Pengenalan Pembantu (Sekiranya ada pembantu 1, 2, atau 3).
Perhatian: Had saiz fail maksimum adalah 15MB setiap satu. Sistem menerima format JPG atau PNG sahaja.
Langkah 2: Memilih Zon
Sistem kini menggunakan konsep pemilihan Zon secara umum:
- Pilih Kawasan: Pilih sama ada Dataran Labuan dan Jalan Wawasan atau Durian Tunjong pada tab yang disediakan.
- Semak Kekosongan: Lihat jumlah kekosongan tapak yang terpapar pada kad informasi.
- Mohon Sekarang: Klik butang 'Mohon Sekarang' jika masih ada kekosongan.
- Nota Lokasi: Penetapan nombor tapak sebenar akan ditentukan oleh pihak pengurusan selepas permohonan diluluskan.
Selepas klik mohon, tapak akan dikunci sementara selama 10 minit untuk anda melengkapkan borang.
Pemilihan Zon Mudah
Langkah 3: Mengisi Borang
Lengkapkan butiran berikut dalam borang permohonan:
- Maklumat Pemohon: Nama, No. KP, Alamat & Telefon.
- Maklumat Pembantu: Masukkan nama dan No. KP bagi setiap pembantu (Maksimum 3 orang). Jika tiada, biarkan kosong atau tulis 'TIADA'.
- Jenis Jualan: Pilih kategori jualan yang tepat dari senarai (Contoh: Makanan Berasap, Minuman, Kuih-muih).
Muat naik dokumen wajib:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan & Belakang).
- Gambar Ukuran Pasport Pemohon.
- Kad Kesihatan Perbadanan Labuan (Pemohon).
- Salinan Kad Pengenalan Pembantu (Jika berkaitan).
Pastikan gambar dokumen jelas. Saiz maksimum 15MB setiap satu.
Langkah 4: Pembayaran
Anda akan dibawa ke halaman pembayaran FPX.
✅ Pembayaran Berjaya
Anda akan menerima Resit Rasmi & QR Code. Sila simpan (screenshot) resit ini untuk rujukan masa depan.
❌ Pembayaran Gagal
Jika gagal, tapak anda mungkin akan dilepaskan semula. Sila cuba lagi dengan segera.
Masih Ada Masalah?
Jika anda menghadapi sebarang kesulitan teknikal atau mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi meja bantuan kami.
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat (8.00 Pagi - 5.00 Petang)